Bersatu tidak dapat jamin kepentingan Melayu dan bumiputera - Utusan Malaysia

Bersatu tidak dapat jamin kepentingan Melayu dan bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa tidak dapat menjamin kepentingan Melayu dan bumiputera memandangkan pemimpin muda parti itu sendiri tidak menjiwai idealisme yang pernah diperjuangkan sendiri oleh Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau mendengar butir-butir kata pemimpin muda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Youtube yang semacam mahu menanggalkan identiti politik berasaskan bangsa dan mahu memperjuangkan hak kesaksamaan kaum di Malaysia.

“Bagi beliau (Syed Saddiq) agenda Melayu seolah-olah tidak lagi relevan dalam lanskap politik Malaysia Baharu.

“Makin terserlah sedikit demi sedikit pendirian Bersatu yang hakikatnya hanya 13 kerusi Parlimen dalam Pakatan Harapan, sudah mulai tunduk kepada kehendak parti majoriti DAP yang konsisten membawa agenda Malaysian Malaysia yang mahukan kesaksamaan dan kesamarataan hak antara kaum,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN