Bersatu Setiawangsa mahu Tun M sebagai PM hingga PRU-15 - Utusan Malaysia

Bersatu Setiawangsa mahu Tun M sebagai PM hingga PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Setiawangsa mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menerajui Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Sahabat Harapan Setiawangsa, Abdul Rahman Hashim berkata, usul tersebut telah diluluskan dalam Persidangan Pertama Bersatu Bahagian Setiawangsa yang diadakan Isnin lalu.

“Usul ini dikemukakan oleh Ketua Bersatu Bahagian Setiawangsa, Muhammad Zahid Md. Arip dan ia diluluskan dengan sebulat suara.

“Muhammad Zahid juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri,” katanya dalam Facebook miliknya semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN