Bersatu jangan cepat melatah, sentap - Utusan Malaysia

Bersatu jangan cepat melatah, sentap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Jangan cepat melatah, sentap dan berkecil hati sekiranya kelemahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta kepemimpinnya dibangkitkan.

Itu peringatan yang disampaikan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff ketika menyampaikan ucapan dasar pada perasmian Persidangan Bersatu Bahagian Klang dekat sini hari ini.

“Jangan melatah, jangan cepat sentap dan jangan cepat berkecil hati jika kelemahan kita dibangkitkan.

“Jadikan ini sebagai pemangkin yang baik untuk menjadikan Bersatu sebagai parti terbaik bangsa,” kata beliau.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Dasar dan Strategi Bersatu itu juga mengingatkan ahli-ahli parti supaya memilih kepemimpinan yang berlaku jujur kepada agama dan bangsa.

“Kita perlu memilih pemimpin yang boleh berlaku tegas, jujur dan amanah kepada bangsa. Tegas, jujur dan amanah kepada agama.

“Serta tegas, jujur dan amanah kepada tanah air,” tegas beliau.

Peringatan itu, kata Rais Hussin adalah selaras dengan pesanan Rasulullah SAW iaitu jihad paling besar dan bermakna adalah berkata benar kepada raja yang zalim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN