KETAHUILAH bahawa sesungguhnya hakikat kesabaran itu terdiri daripada pengetahuan, keadaan dan amal. Dalam hal kesabaran, pengetahuan laksana pohon, keadaan seperti dahannya dan amal bagaikan buah yang dihasilkan. Harus difahami bahawa sesungguhnya kemaslahatan agama itu terletak dalam kesabaran. Kesabaran akan memunculkan kekuatan yang mendorong untuk mampu melakukan amal dan boleh juga memotivasikan diri dalam melakukan ibadah atau mengekang bisikan nafsu. Dalam segala keadaan, kesabaran mendorong pelakunya pada hal-hal yang dibolehkan sesuai…










