Berniaga sambil menderma makanan percuma kepada pelanggan yang memerlukan - Utusan Malaysia

Berniaga sambil menderma makanan percuma kepada pelanggan yang memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Pemilik Restoran Northalgia Hooney, Hanizah Hashim, 47, mempunyai cara tersendiri untuk menghargai pelanggannya.

Mengamalkan konsep berniaga sambil menderma sejak restoran itu dibuka pada lima tahun lalu, Hanizah yakin ‘strategi’ itu mampu memberikan pulangan yang baik untuk perniagaannya selain berbakti kepada masyarakat.

“Sejak mula dibuka, pelanggan boleh menikmati air kordial seperti anggur, limau, sarsi, mempelam selain kopi dan teh ais secara percuma.

“Selain itu, tiada bayaran dikenakan bagi nasi tambah dan air kosong kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Kuala Perlis hari ini.

Restoran itu hanya menawarkan dua menu makanan iaitu nasi daging lembu bakar dan nasi ayam bakar dengan dua pilihan nasi iaitu putih dan kuning.

Harga nasi daging lembu bakar ialah RM11 sementara nasi ayam bakar pula RM7.

Hidangan nasi daging lembu bakar yang dijual di Restoran Northalgia Hooney, Kuala Perlis, Kangar, PeHidangan nasi daging lembu bakar yang dijual di Restoran Northalgia Hooney, Kuala Perlis, Kangar, Perlis.

 

Dalam pada itu, beliau juga sering mendermakan set nasi daging lembu bakar dan nasi ayam bakar kepada golongan memerlukan seperti orang kelainan upaya (OKU), anak yatim, pelajar sekolah tahfiz, golongan miskin dan mereka yang menghadapi kematian ahli keluarga terutama di sekitar Perlis.

“Saya menjemput pelajar tahfiz yang terdiri daripada anak yatim di Perlis untuk makan secara percuma di restoran pada hari Jumaat yang diadakan sebulan sekali.

“Malah, sekiranya ada golongan OKU dan miskin yang datang makan ke kedai saya tidak mengenakan sebarang bayaran termasuk mereka yang kehilangan ahli keluarga.

“Rezeki dan keuntungan perniagaan yang dikurniakan Tuhan ada bahagian untuk orang lain dan saya memegang kuat prinsip itu,” katanya. – K! ONLINE

Pelanggan sedang menikmati nasi daging lembu bakar di Restoran Northalgia Hooney, Kuala Perlis, KangPelanggan sedang menikmati nasi daging lembu bakar di Restoran Northalgia Hooney, Kuala Perlis, Kangar, Perlis hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN