Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku memaki hamun anak Haji Aqil. Masakan tidak, setiap hari disuruhnya aku membuat kerja yang aku tidak suka. Meluat, sakit hati dan kadang-kadang timbul pula perasaan menyampah yang amat mendalam apabila melihat wajah anak Haji Aqil, orang kaya. Mentang-mentanglah dia anak orang kaya, aku yang miskin ini disuruhnya yang bukan-bukan. Setiap kali waktu rehat, akulah yang ditudingnya dengan jari menyuruh aku memungut sampah di hujung padang sekolah. Seolah-olah dia berlagak seperti Hitler yang bermisai kontot. Bagiku, lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya