Beri sokongan pada bekas majikan - Ahli Parlimen Pasir Salak - Utusan Malaysia

Beri sokongan pada bekas majikan – Ahli Parlimen Pasir Salak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – “Dia bekas majikan saya dan kawan saya.”

Demikian jawapan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman apabila ditanya pemberita mengenai kehadirannya  bagi memberi sokongan kepada bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur  hari ini.

“Saya datang sini sendiri, beliau bekas majikan dan kawan saya. Awak ada kawan apa yang awak akan buat bila kawan ada masalah.

“Ini adalah manusiawi dan budaya kita. Dalam apa jua keadaan kita mesti menzahirkan rasa simpati dan beliau belum didapati bersalah.,” katanya.

Menurut bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu,  kadang kala masyarkat masa kini gemar membuat andaian.

“Orang ramai sekarang dah pandai buat perbicaraan sendiri dan ini tidak adil. Bagi ruang kepada dia,” katanya.

Pagi ini, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah menghadapi enam pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan melibatkan sejumlah wang bernilai lebih RM6 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN