KEKURANGAN pengalaman dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan pastinya menimbulkan sedikit tanda tanya mengenai kemampuan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baru dilantik, Wong Choong Hann. Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih skuad badminton negara, Rashid Sidek menganggap naib juara Kejohanan Dunia 2003 itu memiliki perancangan tersendiri meskipun tidak ada pengalaman luas dalam bidang tersebut. Katanya, semua pihak perlu memberi masa kepada Choong Hann untuk membuktikan kemampuannya selain percaya BAM memiliki alasan…










