Beri hak sama kepada Grab - Utusan Malaysia

Beri hak sama kepada Grab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Setelah sekian lama dikecam kononnya kehadiran mereka seperti menabur pasir dalam periuk nasi kumpulan pemandu teksi, kini giliran perkhidmatan e-hailing popular, Grab pula berharap agar kereta persendirian turut mendapat manfaat seperti mana pemandu teksi.

Antara beberapa kelebihan yang dikatakan sedang di­nik­mati pemandu teksi tradisional ia­lah dari segi bahan api lebih murah, cukai jalan, tol serta duti eksais.

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata, pihaknya menyokong usaha menyediakan akses pengangkutan yang selamat selain mencipta peluang kepada sesiapa untuk mencari pendapatan.

“Kami berbesar hati apabila komuniti teksi boleh mengambil kesempatan terhadap beberapa faedah tambahan se­perti bahan api yang murah, cukai jalan, tol serta duti eksais.

“Kami berharap, demi memupuk persaingan yang adil, manfaat ini juga boleh diberikan kepada pemandu kereta persendirian (e-hailing),” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman web Grab Malaysia hari ini.

Goh berkata, dia rasa terpanggil menyuarakan panda­ngan perkhidmatan e-hailing selepas desakan supaya per­khidmatan berasaskan aplikasi telefon pintar itu dimansuhkan selain insiden yang dialami beberapa pemandu Grab serta tuduhan bahawa pemandu teksi cuba diasingkan daripada jari­ngan pengangkutan awam.

Katanya, pihaknya tidak pernah cuba menjejaskan industri teksi tempatan kerana syarikat itu juga turut memperkenalkan perkhidmatan JustGrab yang boleh disertai pemandu teksi.

Namun, katanya, sewaktu syarikat itu mula memperkenalkan JustGrab, Grab menerima beberapa rungutan yang membuatkan pengguna tidak mahu menggunakan teksi e-hailing kerana beberapa faktor seperti keadaan kereta yang usang serta reputasi buruk komuniti pemandu teksi disebabkan sikap segelintir daripada mereka.

“Bagi menangani persepsi negatif ini, kami menekankan syarat ketat terhadap pemandu teksi dan kereta persendirian termasuk usia maksimum kenderaan adalah 10 tahun, penarafan kualiti serta tiada konsep ‘memilih pelanggan’,” katanya.

Jelasnya, disebabkan itu, kebanyakan teksi menggunakan platform Grab dapat menawarkan perkhidmatan yang setan­ding kenderaan persendirian.

“Selera pelanggan bukan bertukar daripada menggunakan teksi kepada kereta persendirian. Sebaliknya bertukar daripada kaedah tradisional menahan teksi di tepi jalan kepada konsep e-hailing (berasaskan aplikasi),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN