Penglibatan dalam menyertai misi sukarela pada peringkat antarabangsa seperti di Mesir, Indonesia, Brunei dan Thailand menjadikan Ghafur Rahim Mustakim, 26, berpengalaman dalam menyantuni isu-isu kemasyarakatan terutama yang melibatkan belia dan pelajar. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh dalam menyertai misi sukarela itu bukan untuk diri sendiri semata-mata, tetapi dikongsi bersama dalam usaha melahirkan modal insan yang prihatin. Anak kelahiran Gerik, Perak itu berkata, sejak kecil dia menunjukkan minat dalam bidang kesukarelaan…










