Bengkel suntingan video, foto 100% guna telefon pintar - Utusan Malaysia

Bengkel suntingan video, foto 100% guna telefon pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Sibermedia Sdn. Bhd. (Sibermedia) akan menganjurkan bengkel rakaman dan suntingan video serta foto 100 peratus menggunakan telefon pintar.

Bengkel 100% Poketgrafi itu akan memberi penekanan bagaimana untuk menggunakan telefon pintar sebagai kerja ha­rian, bersosial dan berniaga kepada pelbagai lapisan masyarakat pada 20 Oktober ini.

Pengarah Eksekutif Sibermedia, Ainol Amriz Ismail berkata, objektif bengkel tersebut adalah untuk menunjukkan kemampuan telefon pintar menerbitkan foto dan video tanpa menggunakan komputer peri­badi atau komputer riba.

“Ini akan membolehkan pengguna menerbitkan video atau foto di mana-mana dengan mudah tanpa perlu menggunakan perkakasan yang besar dan berat dan selepas itu, memuat naik ke dalam platform media sosial.

“Antara topik menarik yang akan dibincangkan dalam bengkel itu adalah bagaimana untuk bercerita melalui foto dan video, berfikir melalui te­lefon bimbit, ‘menjual’ hasil kerja dan rakaman mudah, namun menghasilkan rakaman terbaik,” katanya di sini hari ini.

Apa yang pasti kata Ainol Amriz, kualiti yang dihasilkan selepas kursus membolehkan peserta ‘menjual’ rakaman me­reka.

Bengkel 100% Poketgrafi akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang dan dikendalikan Penolong Pengurus Sibermedia, Mohd. Hazli Hassan.

Yuran pendaftaran bagi menyertai bengkel itu ialah RM300 termasuk sarapan, makan tengah hari dan minum petang, selain cenderamata .

Kepada yang berminat untuk menyertai bengkel ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-92324622 (Maria) atau 03-92322681 (Raja Aida).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN