KUANTAN 23 Okt. – Kira-kira 100 guru bahasa Melayu di daerah ini menyertai Bengkel Pemerkasaan Profesionalisme di Perbadanan Perpustakaan Awam negeri yang antara lain bertujuan mendedahkan pendidik tentang teknik pengajaran Komponen Sastera (Komsas) menerusi penghayatan, di sini semalam. Pengerusi Persatuan Anak Seni Indera Mahkota (ASIM), Teo Wei Sing berkata, bengkel berkenaan yang merupakan program sulung persatuan tersebut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, Pertubuhan Akademi Pendidikan Indera…










