KUALA LUMPUR 15 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, penghapusan hukuman gantung sampai mati hanya akan dilaksanakan selepas beberapa akta lain diluluskan terlebih dahulu. Perdana Menteri berkata, buat masa ini, kerajaan masih belum meluluskan keperluan pendaftaran bagi memansuhkan hukuman mati. “Menyebut mengenainya (hukuman mati) tidak bermakna kami menentangnya. Kita perlu menanti selepas kita meluluskan akta (lain) yang dirasakan perlu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya