Belia perlu terokai keusahawanan sosial - Utusan Malaysia

Belia perlu terokai keusahawanan sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kementerian Belia dan Sukan mahu lebih ramai belia meneroka keusahawanan sosial bagi membantu mewujudkan impak positif berkekalan kepada masyarakat.

DATUK HATIPAH IBRAHIM
DATUK HATIPAH IBRAHIM 

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Hatipah Ibrahim yakin ekosistem keusahawanan sosial ini dapat mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah ekonomi maju berasaskan pengetahuan digital.

Katanya, ketika Malaysia beralih kepada negara berpendapatan tinggi, keusahawanan sosial akan menjadi bidang penting dalam mewujudkan ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan inovasi.

“Saya berharap persidangan ini akan menjadi platform untuk memupuk idea baharu yang akan mendorong pembangunan lebih inklusif untuk manfaat semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Keusahawanan Sosial Belia ASEAN +3 di sini, hari ini.

KETUA Pengarah Jabtan Belia dan Sukan, Datuk Hatipah Ibrahim ( tengah ) melawat gerai-gerai pameran
 

Persidangan itu menghimpunkan lebih 60 delegasi dari 13 buah negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN