Belajar Bahasa Melayu di SJKC perlu lebih menyeronokkan - Utusan Malaysia

Belajar Bahasa Melayu di SJKC perlu lebih menyeronokkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Proses pembelajaran subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) perlu lebih menyeronokkan dan kreatif selain digabungkan dengan pendidikan berbentuk hiburan bagi menggalakkan pelajar menguasai bahasa kebangsaan tanpa paksaan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan itu perlu bagi membuatkan pelajar lebih seronok mempelajari bahasa Melayu dengan lebih baik.

“Jika dilihat proses pembelajaran subjek Bahasa Melayu ketika ini tidak menyeronokkan sehinggakan pelajar terutama daripada sekolah jenis kebangsaan sukar menjiwai bahasa kebangsaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk itu, pihak sekolah perlu menjadikan proses itu lebih santai dengan menyelitkan unsur pendidikan bercorak hiburan bagi menarik minat pelajar mempelajari bahasa tersebut,” katanya selepas merasmikan Forum Kebangsaan Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini