KUCHING 30 Okt. – Mohd. Najwa Ismail baru berusia sehari semasa dibawa ke Asrama Anak-Anak Yatim/Miskin Yayasan Hikmah di Desa Kenangan, Kampung Pintu Padang, Sungai Itek di Gopeng, Perak. Bayi yang masih merah itu diserahkan oleh seorang wanita yang tidak mampu membesarkan anaknya, lantaran ketiadaan suami akibat dipenjarakan kerana kes dadah. Sejak itu sehinggalah mencapai usia 26 tahun ketika ini, hanya sekali sahaja Mohd. Najwa berpeluang bertemu dengan ibunya, Fuziah…










