Bekas pengurus anak syarikat kerajaan negeri Terengganu didakwa esok - Utusan Malaysia

Bekas pengurus anak syarikat kerajaan negeri Terengganu didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Seorang bekas pengurus anak syarikat kerajaan negeri berhadapan dengan 138 pertuduhan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kuala Terengganu, esok.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 34 pertuduhan akan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana dipercayai meminta suapan bernilai RM500,000.

Menurut sumber, selain itu, 104 pertuduhan lagi akan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu bernilai RM2.2 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek berusia 60 tahun itu akan dihadapkan ke Mahkamah khas SPRM di Kuala Terengganu kira-kira pukul 8.30 pagi esok,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini