Bekas pengarah KKBN didakwa pecah amanah RM11,315 - Utusan Malaysia

Bekas pengarah KKBN didakwa pecah amanah RM11,315

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengarah Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) Pontian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan pecah amanah membabitkan RM11,315 pada empat tahun lalu.

Tertuduh, Zunaidah Abdul Razak, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh  jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menyalahgunakan bagi kegunaan sendiri wang peruntukan elaun pelajar dan pelbagai belanja pentadbiran pejabat KKBN berjumlah RM11,315.

Zunaidah dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Bhd. Pontian Kechil, 742 Wisma Koperasi, Jalan Taib, Pontian Kechil, Pontian dekat sini pada 28 Mei 2014.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan sebar dan denda. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN