ERAT. Kira-kira 100 tetamu hadir pada Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Bekas Pelajar dan Guru Sekolah Menengah Bakti Tasek Gelugor (SMBTG) di Pusat Kecemerlangan As-Syafie, Lubuk Meriam, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini. Tetamu berkenaan terdiri daripada bekas-bekas pelajar dan guru serta pelajar-pelajar tahfiz yang turut diraikan dengan acara bacaan tahlil dan jamuan. Wakil penganjur, Rosli Lazim berkata, program kali kedua berkenaan diadakan bagi menyatukan semula kumpulan pelajar yang menuntut…










