KUALA LUMPUR 4 Okt. – Seorang bekas peguam dihukum penjara lima tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana pecah amanah membabitkan wang pertaruhan RM40,000 yang dibayar oleh seorang ejen hartanah kepada firma guamannya, antara 2015 dan 2016. P. Santhanam, 58, mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin atas pertuduhan pecah amanah wang yang dibayar oleh Lee Wai Chuang, 57, bagi urusan bayaran balik…










