Bekas jurulatih terjun diarah bela diri - Utusan Malaysia

Bekas jurulatih terjun diarah bela diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang bekas jurulatih pasukan terjun kebangsaan yang sebelum ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan merogol atlet wanita sukan tersebut untuk membela diri.

Hakim Datuk Azman Ahmad memutuskan demikian terhadap Huang Qiang, 36, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Azman membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan perintah Mahkamah Sesyen di sini pada 9 April lalu yang melepas dan membebaskan Huang Qiang tanpa memanggilnya membela diri.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang diwakili peguam, Mohd. Hisham Md. Nen didakwa merogol mangsa yang berusia 20 tahun satu bulan ketika kejadian di dalam Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini pada pukul 5.30 petang, 26 September 2017.

Dia yang telah mendapat taraf warganegara Malaysia itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN