KOTA BHARU – Seorang bayi perempuan yang dibalut sehelai kain ditemui ditinggalkan di laluan pejalan kaki berhampiran Perhentian Bas Kota Bharu di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi, bayi perempuan yang sudah cukup sifat ditemui oleh seorang wanita berusia 30 tahun bersama dua lagi rakannya. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, wanita tersebut yang berada di kaunter tiket perhentian bas itu mendengar…










