Bayern ikat Wenger? - Utusan Malaysia

Bayern ikat Wenger?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Okt. – Bayern Munich bakal memberi kejutan kepada peminat Arsenal apabila terdapat kemungkinan besar kelab gergasi Jerman itu akan mengumumkan Arsene Wenger sebagai jurulatih baharu pasukan tersebut dalam masa terdekat.

Kelab Jerman itu sebelum ini melantik Niko Kovac sebagai pengurus baharu pada musim panas lalu dan jurulatih berusia 47 tahun itu menunjukkan prestasi cemerlang apabila melakar tujuh kemenangan pada awal musim.

Bagaimanapun, prestasi pasukan jatuh merundum sejak beberapa minggu apabila mencatat keputusan seri menentang Augsburg dan Ajax selain tewas kepada Hertha Berlin dan Borussia Monchengladbach.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan Kovac bakal meninggalkan Bayern untuk digantikan sama ada bekas jurulatih The Gunners, Wenger atau Zinedine Zidane berikutan kedua-dua nama tersebut adalah calon berpotensi tinggi untuk menggantikan pengendali dari Croatia itu.

Tindakan Bayern memanggil media untuk mengadakan sidang akhbar hari ini mengundang kejutan apabila Presiden kelab, Uli Hoeness serta pengerusi, Karl-Heinz Rummenigge dan pengarah sukan, Hasan Salihamidzic turut dijangka hadir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN