PERKAHWINAN atau pernikahan dalam Islam adalah sesuatu yang dituntut. Nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Katanya, tujuan seseorang itu dituntut untuk berumah tangga adalah untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan tenteram bersama pasangan atas dasar cinta, kasih sayang, perasaan, tanggungjawab seperti mana firman-Nya dalam surah Ar Rumm ayat 21 yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan…










