PORT DICKSON 31 Okt. – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran akan membatalkan mana-mana projek di sini sekiranya terdapat unsur rasuah dan pemberian komisyen oleh syarikat pemaju. Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, perkara berkenaan ditegaskan oleh beliau kepada pihak yang terlibat dalam cadangan pembinaan hotel di kawasan pantai peranginan itu. Beliau berkata, sekiranya semua pihak mematuhi peraturan, pelaksanaan projek akan dapat dibuat dengan cepat dan kos lebih rendah. “Kalau…










