Barcelona 'ratah' Real Madrid - Utusan Malaysia

Barcelona ‘ratah’ Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 29 Okt. – Luis Suarez meledak hatrik ketika Barcelona membelasah Real Madrid 5-1 dalam pertembungan ‘El Clasico’ yang berat sebelah, sebentar tadi.

Ini adalah kekalahan paling memalukan buat Los Blancos, sekali gus menyebabkan anak-anak buah Julen Lopetegui jatuh ke tangga kesembilan La Liga.

Bagi Barcelona, kemenangan besar membolehkan mereka merampas kembali kedudukan pendahulu daripada Atletico Madrid.

Barca sekali lagi membuktikan,

ketiadaan bintang penyerang, Lionel Messi bukan masalah besar apabila mendominasi permainan menerusi hantaran-hantaran pendek.

Gawang Real dibolosi seawal minit ke-11 menerusi Philippe Coutinho, dan Suarez menggandakan kedudukan 2-0 hasil sepakan penalti selepas dijatuhkan oleh pertahanan lawan, Raphael Varane.

Biarpun pengadil pada awalnya tidak memberikan penalti, namun teknologi video bantuan pengadil (VAR) akhirnya digunakan dan Barcelona diberikan sepakan.

Lopetegui melakukan perubahan taktikal dalam separuh masa kedua dengan menggunakan formasi 3-5-2.

Taktik itu pada mulanya berkesan apabila Marcelo berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-50.

Bagaimanapun, Suarez menutup harapan Real untuk melakukan kebangkitan apabila meledak gol ketiga pasukannya pada minit ke-75, sebelum melengkapkan hatrik di minit ke-83.

Arturo Vidal menambah derita Real dengan menyumbat gol kelima tuan rumah ketika permainan berbaki tiga minit untuk ditamatkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN