Barca menang biarpun tanpa Messi - Utusan Malaysia

Barca menang biarpun tanpa Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 25 Okt. – Rafinha yang turun menggantikan tempat Lionel Messi berjaya membantu Barcelona meraih kemenangan tatkala ketiadaan bintang Argentina itu apabila menjaringkan gol pembukaan di babak pertama untuk menang 2-0 ke atas Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara hari ini.

Dengan Messi terpaksa diketepikan untuk tempoh tiga minggu dan bakal berdepan Real Madrid minggu depan di Camp Nou Ahad ini, persoalan besar timbul adakah mereka mampu memberi tentangan pada ketika kehilangan kaptennya.

Bagaimanapun persoalan tersebut terjawab hari ini selepas mereka mencatat kemenangan dalam aksi Kumpulan B itu, dengan Jordi Alba melengkapkan jaringan di babak kedua, sekali gus menyuntik motivasi untuk pertembungan El Clasico nanti.

“Kami perlu teruskan biarpun ketiadaan Leo. Kami turun dengan kekuatan mental,” ujar pengendali Barca, Ernesto Valverde yang turut menghamparkan pujian kepada Luis Suarez, Arthur Melo dan Philippe Coutinho selepas tamat perlawanan.

Barca kini berpeluang cerah untuk mara ke peringkat 16 terakhir selepas unggul di kedudukan teratas cara kumpulan dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan.

Messi yang mengenakan anduh di tangan turut hadir menyaksikan perlawanan itu bersama anaknya Ciro di Camp Nou.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN