Bapa Wak Doyok meninggal dunia  - Utusan Malaysia

Bapa Wak Doyok meninggal dunia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bapa kepada pelakon dan ikon fesyen terkenal Wak Doyok iaitu Mohd. Nor Abdul Hamid meninggal dunia sebentar tadi.

Perkara sedih berkenaan dikongsikan Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd. Azwan Md. Nor menerusi akaun Instagramnya tengah hari tadi.

“Baba saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan al-Fatihah buat baba saya,” tulisnya ringkas dengan memuat naik sekeping gambar surah al-Fatihah.

Bapa Wak Doyok difahamkan meninggal dunia kerana usus bengkak dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN