MELAKA – Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki dan menyebabkan kedua-dua mangsa melihat video lucah. Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Zhafran Bakar, 31, seorang peniaga buah selepas dia mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut. Lelaki itu, yang tidak diwakili peguam dikenakan hukuman…










