Bapa terkejut dapat berita - Utusan Malaysia

Bapa terkejut dapat berita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 19 Okt. – Bapa kepada salah seorang mangsa runtuhan tanah di Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Asman Hamid, 62, berkata, dia dimaklumkam mengenai kejadian yang menimpa anaknya, Samsul itu ketika pulang dari solat Jumaat oleh isterinya.

“Samsul baharu dua bulan bekerja di tapak pembinaan itu dan dia tinggal di tapak pembinaan itu bersama rakan-rakan.

“Ketika pulang dari solat Jumaat, isteri saya menangis maklumkan kejadian itu dan saya bergegas ke lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mayat Samsul tiba di HPP pada pukul 6.10 petang sebelum disusuli satu lagi mangsa dipercayai warganegara Bangladesh dikenali sebagai Attrul. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN