PETRA JAYA 24 Okt. – Bapa kepada Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang pagi tadi. Terdahulu, jenazah Yusuf Merais, 91, telah dibawa ke Masjid Taman Sukma untuk solat jenazah sekitar pukul 9 pagi tadi. Allahyarham Yusof meninggal dunia di kediamannya di Jalan Bakti, PJ Heights, Petra Jaya, kira-kira pukul 3.30 petang semalam. – UTUSAN ONLINE










