KUANTAN – Seorang bapa kepada empat anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menendang dan memukul seekor anjing yang videonya tular di laman sosial minggu lalu. Ng Eh Choah, 47, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah, namun pengakuannya tidak diterima memandangkan tertuduh masih menjalani rawatan masalah mental. “Meskipun tertuduh membuat pengakuan salah namun selepas melihat dan menilai keadaan tertuduh, mahkamah memutuskan tertuduh perlu menjalani pemeriksaan di hospital. “Mahkamah perlu mendapatkan laporan penuh perubatan tertuduh sebelum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kes,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya