TERGAMAM Mohd. Farizzal Roztam, 22, ketika seorang penduduk menunjukkan mayat yang baharu kumpulan mereka temui. Sama seperti mayat yang ditemui setengah jam lalu, di bawah timbunan kereta dan binaan rumah di daerah Donggala di Sulawesi, Indonesia, mayat ini juga sudah reput dengan bahagian kepala sudah tiada. Akui Mohd. Farizzal, melihat sendiri kesan bencana tsunami dan gempa bumi yang melanda kedua daerah di Indonesia itu awal Oktober lalu membuatkannya terpaku, sayu…










