PALU 4 Okt. – Bantuan antarabangsa untuk mangsa bencana berganda – gempa bumi dan tsunami di Indonesia mula meningkat ketika kebimbangan memuncak terhadap ratusan ribu penduduk yang berdepan kekurangan makanan dan minuman, enam hari selepas bencana berlaku. Penduduk di pantai barat pulau Sulawesi yang terdesak mencari apa yang boleh dimakan di kebun dan di ladang ketika kerajaan bergelut untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air, makanan, tempat perlindungan dan bahan api…










