PULAU PINANG 23 Okt. – Sekumpulan murid sekolah di Teluk Kumbar di sini dilaporkan terkandas selepas kawasan sekolah mereka dilanda banjir kilat dalam kejadian petang ini.
Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri, Zara’im Md Lazim berkata, selain itu beberapa kampung di Balik Pulau dan Teluk Kumbar dinaiki air sekitar pukul 2.45 petang tadi selepas hujan lebat lebih sejam.
Katanya, ketika ini, pasukan JBP telah memindahkan 12 mangsa termasuk seorang kanak-kanak ke pusat penempatan sementara.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Banjir kilat yang berlaku mencecah kedalaman hampir satu meter dan ada mangsa yang terperangkap di dalam rumah dan memohon bantuan untuk dipindahkan,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE











