Badminton: Cabaran Malaysia di Terbuka Denmark berakhir - Utusan Malaysia

Badminton: Cabaran Malaysia di Terbuka Denmark berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Cabaran negara dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2018 berakhir selepas dua pasangan beregu campuran tewas kepada lawan masing-masing pada perlawanan  suku akhir di Odense, Denmark pada awal pagi tadi.

Beregu pilihan keenam, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dikalahkan oleh pasangan Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yujung 14-21, 21-17 dan 12-21, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Satu lagi pasangan beregu, pilihan ketujuh Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai tewas dalam straight set 14-21 dan 11-21 kepada Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand dalam lapan perlawanan  terakhir. 

Kempen negara dalam perseorangan dan beregu lelaki serta pasangan beregu wanita hambar pada pusingan awal.

Malaysia tidak menghantar wakil ke Kejohanan Jelajah Dunia BWF berstatus Super 750 yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak US$775,000 (RM3.220 juta). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN