Azmin teruskan momentum kemenangan di Sungai Besar - Utusan Malaysia

Azmin teruskan momentum kemenangan di Sungai Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BESAR 14 Okt. – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan momentum kemenangan apabila berjaya mengatasi pencabarnya, Rafizi Ramli, dalam pemilihan PKR bagi Cabang Sungai Besar.

Meskipun perbezaan undi antara kedua-duanya tidak besar, Mohamed Azmin memperoleh 648 undi, manakala Rafizi (553 undi), sekaligus menjadikan kemenangan cabang ketiga kepada bekas Menteri Besar Selangor itu di negeri ini, daripada empat cabang yang sudah selesai dikira.

Mohamed Azmin menang di Kota Raja, Sabak Bernam dan Sungai Besar tetapi kalah di Kapar, dengan keputusan lima lagi cabang yang turut mengundi pada hari ini masih belum diperolehi.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, Nurul Izzah Anwar mencatatkan undi tertinggi dengan 717 undi, diikuti Zuraida Kamaruddin (578 undi), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin (440 undi) dan Datuk Johari Abdul (413 undi). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN