Azmin terus mendahului di Selangor - Utusan Malaysia

Azmin terus mendahului di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memenangi pemilihan PKR peringkat kedua di Selangor hari ini dengan mencatatkan margin kemenangan lebih besar mengatasi lawannya, Rafizi Ramli bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden.

Mohamed Azmin mengumpul undi sebanyak 4,978 undi apabila menang lima daripada tujuh cabang PKR di Selangor iaitu Selayang, Gombak, Petaling Jaya Utara, Petaling Jaya Selatan dan Kuala Langat.

Rafizi yang menang di Cabang Klang dan Cabang Puchong menerima sebanyak 4,385 undi daripada kesemua tujuh cabang yang mengadakan pemilihan sepanjang hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu, selepas pemilihan PKR di sembilan negeri dan dua pertiga Selangor, Mohamed Azmin kini mendahului Rafizi dengan kelebihan 995 undi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN