KLANG – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus mengukuhkan kedudukannya di Selangor apabila menang empat daripada tujuh cabang pada pemilihan fasa kedua kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini. Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berjaya memperoleh 4,978 undi menewaskan pencabarnya Rafizi Ramli yang hanya memungut 4,385 undi. Kemenangan Ahli Parlimen Gombak itu diperolehi menerusi cabang Kuala Langat (1,170), Gombak (823), Petaling Jaya Utara (505) dan Petaling Jaya…









