Azmin menang enam daripada sembilan cabang dalam pemilihan fasa 1 di Selangor - Utusan Malaysia

Azmin menang enam daripada sembilan cabang dalam pemilihan fasa 1 di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Fasa pertama pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi negeri Selangor hari ini menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang enam daripada sembilan cabang menewaskan pencabarnya, Rafizi Ramli.

Kemenangan itu diperoleh menerusi Cabang Sepang dengan 1,183 undi, Kota Raja (1,155), Subang (716), Serdang (1,336), Sungai Besar (648) dan Sabak Bernam (770). 

Sementara itu, Rafizi hanya menang di Cabang Kapar dengan 1,980 undi, Hulu Selangor (1,630)dan Kelana Jaya (670).

Jumlah keseluruhan undi yang diperoleh Mohamed Azmin daripada sembilan cabang ialah 9,337 undi manakala Rafizi hanya memperoleh 8,563 undi. 

Hari ini, sesi pengundian diadakan di sembilan daripada 22 cabang di negeri ini. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Rashid Din dalam satu kenyataan berkata, keputusan rasmi sembilan cabang dalam fasa pertama pemilihan di Selangor hanya akan dimuktamadkan setelah Peti Undi Ragu dibuka. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN