KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus mendahului persaingan dalam mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu di Johor kelmarin. Mohamed Azmin yang dicabar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bagi merebut kerusi nombor dua parti itu memperoleh sebanyak 4,512 undi berbanding Rafizi mendapat 3,968 undi setakat pukul 6 petang semalam. Bagaimanapun, keputusan di Johor masih lagi belum muktamad memandangkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat…










