KUALA LUMPUR – Usai pemilihan di sembilan negeri dengan Selangor berbaki enam cabang, penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarnya, Mohd. Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu. Walaupun mendahului di tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis, Mohd. Rafizi masih ketinggalan 1,186 undi di belakang Mohamed Azmin dalam keputusan setakat semalam selepas anggota parti di Perlis dan tujuh lagi…










