KUALA LANGAT 21 Okt. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencatat kemenangan dengan menewaskan pencabarnya, Rafizi Ramli apabila memperolehi 1,170 undi pada Pemilihan PKR Cabang Kuala Langat di sini hari ini.
Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengalahkan Rafizi yang mendapat 927 undi dengan perbezaan 243 majoriti undi.
Sementara itu, Dr. Xavier Jayakumar yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat dipilih sebagai Ketua Cabang baharu setelah memperoleh undi 1,481 menewaskan tiga calon lain.
Malah, Xavier yang juga Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli turut memperoleh undi tertinggi bagi jawatan Naib Presiden dengan 1,645 undi, diikuti Nurul Izzah Anwar (1,203), S. Kesavan (938) dan William Leong Jee Keen (781).-UTUSAN ONLINE










