Azmin beri amaran kepada ahli PKR - Utusan Malaysia

Azmin beri amaran kepada ahli PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Ahli PKR diingatkan supaya tidak mengamalkan politik wang yang disifatkan bertentangan dengan amalan dan tujuan penubuhan parti tersebut.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, asas utama penubuhan parti itu 20 tahun lalu adalah memperjuangkan hak rakyat melalui gerakan reformasi.

“Saya nak tegaskan, Keadilan (PKR) ini telah terbentuk 20 tahun dan ia diasaskan kepada perjuangan rakyat, agenda reformasi, menolak amalan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa.

“Justeru, saya mengajak ahli-ahli parti khusus yang menawarkan khidmat (terutama) yang muda-muda ini supaya ada kebijaksanaan melihat pengasas parti berjuang tanpa menggunakan wang atau kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Mohamed Azmin menggulas dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli semalam bahawa ahli parti itu ditawarkan wang tunai RM100 bagi setiap undi untuk calon tertentu dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.

Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata, perbuatan tersebut didakwa berlaku dalam pemilihan yang telah diadakan di enam negeri sejak 20 September lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN