KUALA LUMPUR – Penyandang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus mendahului pencabarnya, Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu.
Mohamed Azmin memperoleh sebanyak 35,022 undi berbanding Rafizi yang mendapat 32,346 undi selepas selesai pemilihan parti di sembilan negeri dan 16 cabang di Selangor.
Walaupun mendahului di Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Perlis, Rafizi masih ketinggalan 2,676 undi di belakang Mohamed Azmin dalam keputusan setakat semalam.
Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi mendahului pemilihan di Pulau Pinang, Johor, Pahang dan 16 cabang di Selangor.
Keputusan bagi cabang Melaka dan Negeri Sembilan pula terpaksa ditangguh kerana masalah teknikal.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











