Ayuh sertai Bengkel Pengurusan Media
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Setiausaha Akhbar, Pegawai Media dan kakitangan Komunikasi Korporat agensi kerajaan, swasta dan Institusi Pengajian Tinggi dipelawa menyertai Bengkel Pengurusan, Simulasi dan Siaran Media anjuran Sibermedia Sdn. Bhd.
Pengarah Eksekutif Sibermedia, Ainol Amriz Ismail berkata, bengkel itu akan diadakan selama dua hari dengan dua sesi pembelajaran.
“Peserta boleh memilih untuk hadir pada sesi pertama iaitu pada 7 dan 8 November ini atau hadir pada sesi kedua iaitu pada 5 dan 6 Disember akan datang,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, bagi memperkenalkan Bengkel Pengurusan Media ini kepada umum, tawaran harga istimewa diberikan kepada peserta yang mendaftar menyertai bengkel ini pada tahun ini.
“Kita menawarkan yuran penyertaan bagi seorang untuk bengkel dua hari ini sebanyak RM500 berbanding yuran asal RM1,000. Mulai tahun hadapan Bengkel Pengurusan Media akan ditawarkan pada harga penyertaan sebanyak RM1,000. Jadi ambillah peluang ini untuk menyertai bengkel atau menghantar kakitangan masing-masing,” ujarnya.
Selain itu, satu previu percuma mengenai Bengkel Pengurusan Media ini akan diadakan pada 29 Oktober ini bermula 9 pagi hingga 1 tengahari di pejabat Sibermedia, Aras 6 Blok A, No 44, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
“Wakil agensi kerajaan dan swasta yang ingin mendengar previu percuma ini boleh segera mendaftar nama kerana tempat adalah terhad.” jelasnya.
Mengenai modul atau pembelajaran Pengurusan, Simulasi dan Siaran Media ini, Ainol Amriz memberitahu, ia telah dibangunkan khas bagi tujuan latihan ini.
“Kita bangunkan sembilan tahap pembelajaran. Antaranya ialah pengenalan pengurusan media; mengapa perlu berkawan dengan media; belajar menulis kenyataan media; penyediaan Kit Media; jemputan media; protokol media; susunan tempat sidang media, pengurusan sidang media, temubual, etika kewartawanan; penulisan; sudut fotografi dan video; liputan FB Go Live dan banyak lagi,’’ ujarnya.
Katanya, modul ini akan diajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, di mana pendekatan yang digunakan pembelajaran bilik kuliah; aktiviti; pentaksiran dan kerberhasilan.
“Setiap peserta perlu menghadirkan diri dalam aktiviti semasa bengkel dan bersedia untuk membuat analisis serta pengucapan awam semasa pentaksiran,’’ ujarnya.
Tenaga pengajar bagi bengkel ini adalah individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang media serta merupakan tenaga pengajar bertauliah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF) – `Train The Trainer’ (TTT).
Kata Ainol Amriz, pada bengkel selama dua hari itu nanti, turut ditampilkan bekas Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ibrahim Yahaya yang akan berkongsi pengalaman dalam bidang berkenaan. Beliau berpengalaman sebagai Penasihat Media; Ketua Pengarah Penyiaran serta Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV dan Pengarang Akhbar.
Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk mendengar previu bengkel pada 29 Oktober ini serta tempahan untuk menyertai bengkel pada 7 dan 8 November serta 5 dan 6 Disember, bolehlah menghubungi talian 03-92324622 (Maria); 03-92322679 (Emma) dan 03-92322680 (Raja Aida). – UTUSAN ONLINE











