KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mendakwa syarikat D’Haja Sdn. Bhd. telah menyembunyikan ‘kerosakan’ 3,215 botol minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluarannya dan isteri, pelakon Scha Al-Yahya yang didakwa berlaku sepanjang lima bulan berurusan. Awal atau nama penuhnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 37, berkata, dia dan isterinya telah memasuki kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi Bleu dan Maroon dengan pembekal tekstil, D’Haja pada 11 Oktober 2016…










