Aubameyang, Ozil teruskan rentak kemenangan Arsenal - Utusan Malaysia

Aubameyang, Ozil teruskan rentak kemenangan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Okt. – Pierre-Emerick Aubameyang dan Mesut Ozil mencuri tumpuan sewaktu Arsenal melakar kemenangan ke-10 berturut-turut pada perlawanan yang didominasi Gunners 3-1 menentang Leicester, hari ini.

Skuad bimbingan Unai Emery itu ketinggalan di belakang selepas Hector Bellerin menjaringkan gol sendiri di Stadium Emirates.

Namun, Ozil yang menerajui Arsenal selaku kapten sebaik dia kembali ke pangkuan pasukan selepas pulih daripada masalah kekejangan belakang, mempamerkan persembahan cemerlang untuk mengetuai kebangkitan semula Gunners.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ozil, berjaya menyingkirkan aksi hambar sewaktu permulaan musim, selepas menjaringkan gol penyamaan sebelum rehat babak pertama dan dia juga memainkan peranan besar ke atas gol kedua Arsenal yang diledakkan Aubameyang setelah perlawanan disambung semula.

Penyerang antarabangsa Gabon, Aubameyang yang di bawa masuk dari bangku simpanan sekali lagi membolosi pintu gol Leicester tiga minit berselang yang membolehkan Arsenal mencipta kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan buat kali pertama sejak 2007.

Mereka kini sudahpun menyumbat 30 gol dan mendaki ke tangga keempat dalam carta Liga Perdana Inggeris, hanya dua mata di belakang pendahulu, Manchester City. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini