AS potong bantuan kepada Guatemala, Honduras dan El Salvador - Utusan Malaysia

AS potong bantuan kepada Guatemala, Honduras dan El Salvador

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPACHULA, MEXICO 22 Okt. – Amerika Syarikat (AS) akan mula memotong bantuan kepada Guatemala, Honduras dan El Salvador ketika segerombolan beribu-ribu pendatang kebanyakan dari Honduras berarak menuju ke sempadan AS.

Presiden Donald Trump melalui Twitter mengecam kumpulan pendatang itu dan menyifatkannya sebagai darurat negara selain telah mengarahkan pihak tentera dan pengawal sempadan AS supaya berjaga-jaga.

“AS akan mula memotong atau mengurangkan dalam jumlah yang besar bantuan asing yang disalurkan AS kepada tiga negara Amerika Tengah,’’ katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak berkuasa Mexico berjaya menghalang gerombolan pendatang itu di jambatan sempadan antara Mexico dan Guatemala namun ramai dalam kalangan pendatang itu yang kemudian menyeberangi sungai di bawah jambatan menggunakan rakit menuju ke utara.

Gerombolan seramai 3,000 pendatang itu menuju ke bandar Huixtla, kira-kira 40 kilometer dari Tapachula di daerah Chiapas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini