AS, Korea Selatan tangguh latihan tentera - Utusan Malaysia

AS, Korea Selatan tangguh latihan tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 19 Okt. – Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan telah menangguhkan latihan tentera udaranya bagi memberi laluan kepada usaha diplomatik dengan Korea Utara.

Pentagon berkata keputusan berkenaan dicapai ketika pertemuan Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis dan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Jeong Kyeong-doo di negara ini, hari ini.

Latihan berkenaan yang dikenali sebagai Exercise Vigilant Ace ditangguhkan bertujuan untuk menggalakkan dialog bersama Korea Utara bagi menghentikan program senjata nuklearnya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN